Dan Ibrahim
berkata:”Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi
petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang
termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan
seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup)
berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku
melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”
Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya
Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya
telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya),
(nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami
memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini
benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor
sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di
kalangan orang-orang yang datang kemudian (QS. 37:99-108)
Pada suatu hari Nabi
Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih
anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun
memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah
Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu
hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah
dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya,
“Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan
diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan
dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk
disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada
pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang
mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu
menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan
dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan
orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya
Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku
fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam
keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah
tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim
pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda
pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher
anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai
seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup
matanya.
Tetapi alangkah
terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya
melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun
berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga
dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Sepeninggalan Nabi
Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh
baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan
diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila
dan sebagainya.
Pada suatu hari, dari
jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama
semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah
suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim. Maka dengan segera dia pergi
mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab
memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk
disembelih.
Siti Hajar menangis
bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang
ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada
Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar